Make your own free website on Tripod.com

PERUMPAMAAN

 

           

 

Perumpamaan merupakan salah satu jenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan yang lain.Ia merupakan satu susunan kata – kata yang indah dan ringkas serta mempunyai maksud yang tersirat.Biasanya perumpamaan dimulai dengan kata-kata bandingan bagai,ibarat,laksana ,seperti dan umpama.Ada juga perumpamaan yang tidak menggunakan kata –kata tersebut.

 

Contoh:

 

Bil

Perumpamaan

Maksud

1

Bagai bulan dipagar bintang

Seorang gadis yang cantik dikelilingi gadis-gadis yang lain.

2

Macam murai tercabut ekor

Orang yang bercakap banyak

3

Seperti api dalam sekam

Perbuata jahat yang dilakukan secara tersebunyi.

4

Seperti telur di hujung tanduk

Kedudukan yang tidak tetap atau berada dalam bahaya

5

Seperti cacing kepanasan

Gelisah /tidak tentu arah

6

Seperti rusa masuk kampong

Tercengang-cengang apabila berada di tempat baru.

7

Seperti ular kena palu

Jalan/garisan yang bengkang –bengkok

8

Umpama pungguk rindukan bulan

Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin dapat.

9

Seperti kacang lupakan kulit

Orang yang tidak mengenang budi

10

Seperti kaca terhempas ke batu.

Perasaan yang amat sedih.