Make your own free website on Tripod.com

SIMPULAN BAHASA

 

 

 

Simpulan Bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling ringkas. Ia digunakan untuk menjelaskan sesuatu perkara yang berlainan daripada maksud perkataan yang membentuknya.Biasanya terdiri daripada dua patah perkataan.

 

Contoh :

 

Bil

Simpulan Bahasa

Maksud

1

Ajak-ajak ayam

Mempelawa dengan tidak bersungguh-sungguh.

2

Ayam tambatan

Orang harapan dalam sesuatu pertandingan

3

Bertikam lidah

Berdebat/ berbahas

4

Darah daging

Kaum keluarga /saudara mara sendiri

5

Mati katak

Mati dengan sia-sia

6

Bau-bau bacang

Hubungan persaudaraan yang agak jauh.

7

Bekas tangan

Hasil kerja seseorang

8

Buku lima

Penumbuk

9

Makan suap

Menerima rasuah

10

Isi hati

Segala yang tersimpan di dalam hati