Make your own free website on Tripod.com

PEPATAH

 

          Pepatah ialah jenis peribahasa yang berangkap dan terdapat pengulangan kata di dalamnya.Pengulangan tersebut adalah untuk menyatakan penegasan,falsafah,atau pengajaran yang hendak disampaikan.

 

Contoh:

 

Bil

Pepatah

Maksud

1

Ada gula ada semut

Di tempat yang senang mencari rezeki akan menjadi tumpuan.

2

Air dicincang tidak akan putus

Pergaduhan antara adik beradik tidak akan berpanjangan.

3

Banyak udang banyak garam

Pendapat /Perangai seseorang adala berbeza.

4

Biar putih tulang jangan putih mata

Lebih baik mati daripada menanggung malu.

5

Buang yang keruh ambil yang jerih

Tinggakan perangai yang buruk dan ambillah yang baik.

 

 

BANDINGAN SEMACAM

 

          Bandingan semacam adalah perkataan yang menunjukkan keadaan sifat seseorang atau benda secara perbandingan.Sifat yang ditonjolkan itu adalah jelas melalui perkara yang dijadikan bandingan tersebut.Tujuan perbandingan semacam adalah untuk menguatkan makna sesuatu ucapan.Perkataan yang selalu digunakan ialah macam,seperti,bagai,dan laksana.

 

Contoh:

 

Bil

Bandingan Semacam

Maksud

1

Adil seperti hakim

Orang yang sangat adil.

2

Alim seperti ulama

Orang yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama dan mengamalkannya dalam kehidupan.

3

Bebas bagai burung

Sangat bebas

4

Berani seperti harimau

Sangat berani

5

Bodoh seperti lembu

Seseorang yang sangat bodoh